Syarikat China Sertai Pembinaan Taman Industri Elektrik ASEAN Laos

2021-01-19 13:25:02  CRI
Share with:

Syarikat Yushen Power Cable co. LTD, Kunming China dan syarikat Electricite Du Laos (EDL) telah memeterai perjanjian semalam di Vientiane, ibu negara Laos untuk menubuhkan syarikat usaha sama yang dinamakan Syarikat Pembangunan Pelaburan Elektrik Laos-China Berhad.

Syarikat tersebut ditubuhkan untuk membina Taman Industri Elektrik ASEAN Laos. Menurut maklumat berkenaan, taman industri yang seluas lebih 300 hektar itu bertapak di sebuah kaunti di sebelah utara Vientiane, dan dirancang menelan pelaburan sebanyak USD800 juta (RM3.24 bilion) untuk pembinaan tiga fasa. Syarikat Yushen menyatakan akan berusaha membantu produk domestik Laos menggantikan produk import dalam penggunaan untuk kelengkapan elektrik di seluruh negaranya sehingga peratusan penggunaannya meningkat ke 80% dalam tempoh sedekad kelak.   

Menurut rekod, syarikat Yushen dan EDL menandatangani memorantum persefahaman tentang pembinaan bersama Taman Industri Elektrik Asean Laos pada tahun 2016.

曹捷