Yang Kaya Kian Kaya Yang Miskin Tetap Miskin, Hasil Belenggu AS

2021-01-20 14:04:43  CRI
Share with:

Menurut data terkini dari Pejabat Tenaga Kerja AS, pada tempoh seminggu dari 3 hingga 9 Januari lalu, jumlah pemohon bantuan pengangguran untuk pertama kalinya di Amerika Syarikat (AS) mencatat 965,000 orang, rekod tertinggi sejak Ogos 2020. Perangkaan ini sudah pun kekal pada tahap sekitar 700,000 hingga 900,000 orang untuk beberapa minggu berturut-turut, yang jauh melebihi perangkaan sebelum tercetusnya wabak COVID-19 yang kira-kira 200,000 orang seminggu. Menurut laporan media AS, setakat pertengahan Oktober tahun lalu, kekayaan milik bilionwan AS meningkat ke USD3.88 trilion (RM13.7 trilion), bertambah USD931 bilion  (RM3.77 trilion) berbanding dengan Mac tahun lalu.

Di sebalik penularan wabak, perbezaan antara golongan kaya dan miskin di AS makin menonjol. Kekayaan golongan kaya terus meningkat berikutan kemakmuran pasar saham yang disebabkan oleh pelaksanaan beberapa langkah kerajaan seperti pelonggaran kuantitatif.  Mereka diberi keutamaan dalam mengikuti ujian asid nukleik  dan menerima suntikan vaksin. Serentak itu, semakin banyak orang miskin tidak ada makanan yang mencukupi dan tidak mampu menanggung pembayaran rawatan. Ini mencerminkan masyarakat AS sedang terjerumus ke kancah pecah-belah.

'Kesamarataan' dan 'keadilan' sering meniti di bibir politikus AS yang asyik menguar-uarkan keunggulan sistem negara mereka.  Namun, jurang antara golongan kaya dan miskin yang semakin besar dalam masyarakat AS mengingati mereka bahawa pertentangan yang tersembunyi secara mendalam dalam sistem kapitalis tidak dapat ditutup.

Boleh dikatakan bahawa politik wang yang semakin berleluasa telah menjadikan kerajaan AS sebagai jurucakap golongan kaya. Rumah Putih tidak sempat menangani urusan untuk puluhan juta orang yang kekal miskin, bahkan menyeret semakin ramai warganya ke dalam kancah kemiskinan tegar.

 "Orang kaya kian kaya, yang miskin tetap miskin" sudah menjadi belenggu yang tidak dapat dilepaskan oleh AS. Percanggahan ini terus meruncingkan krisis struktur masyarakat, menjadikan apa yang disebut 'teladan demokrasi' sebagai satu lelucon yang menyedihkan.

曹捷