Menteri Kesihatan Serbia Terima Suntikan Vaksin Buatan China

2021-01-20 11:24:55  CRI
Share with:

Menteri Kesihatan Serbia, Zlatibor Loncar telah menerima suntikan vaksin COVID-19 yang dikeluarkan Kumpulan Sinopharm China semalam, menjadi orang yang pertama disuntik vaksin buatan China di negara itu.

Menteri Kesihatan Serbia Terima Suntikan Vaksin Buatan China_fororder_1127001795_16110906065711n

Menurut maklumat didedahkan dalam laman sesawang rasmi kerajaan Serbia, Zlatibor Loncar menerima suntikan vaksin di sebuah pusat pameran di Belgrade, ibu kota negara itu. Selepas disuntik vaksin, beliau menyatakan vaksin buatan China antara tiga vaksin COVID-19 yang diberi permit penggunaan di Serbia sebagai vaksin yang selamat dan berkesan. Beliau turut menyeru rakyat Serbia agar menerima suntikan vaksin kerana inilah satu-satunya langkah untuk mengatasi wabak.

Menteri Kesihatan Serbia Terima Suntikan Vaksin Buatan China_fororder_1127001795_16110906283961n

Vaksin COVID-19 buatan Sinopharm kumpulan pertama yang dibeli pihak Serbia telah dihantar di Belgrade pada pagi 16 Januari lalu.

Jabatan Ubat-ubatan dan Kelengkapan Perubatan Serbia telah mengesahkan kualiti, keberkesanan dan keselamatan vaksin COVID-19 yang dikeluarkan Sinopharm sebelum memberi permit untuk penggunaannya di negara itu pada 18 Januari lalu.

Data statistik diumumkan Kementerian Kesihatan Serbia semalam menunjukkan, kes jangkitan baharu di negara itu dilaporkan berjumlah 1,688 dalam tempoh 24 jam yang lalu.

张宪