Sempena tempoh penyerahan kuasa pemerintahan Amerika Syarikat (AS), ada seorang politikus masih sibuk memperagakan apa yang disebut 'kegilaan sebelum ajalnya' dengan menghasut konfrontasi dan mencipta tentangan. Itulah Setiausaha Negara AS yang berbangga dengan 'pembohongan, penipuan dan pencurian.'
Siapa penonton persembahan Pompeo? Ada beberapa media AS menganalisis bahawa Pompeo sedang berusaha mengekang kerajaan AS baharu melalui 'perang kilat diplomatik'nya.
Pompeo bertindak sebegitu gila sebenarnya adalah disebabkan keadaanya yang terhimpit. Keganasan di Capitol yang berlaku baru-baru ini merupakan tamparan terlalu kuat kepada karier politik pemimpin negara itu. Pompeo yang dilihat sebagai pembantu kepercayaannya walaupun hendak melakukan spekulasi politik sekali lagi dan memisahkan hubungan dengan pemimpin tersebut, tetapi sudah tak sempat. Tindakannya yang gila tersebut dengan membesar-besarkan prestasi diri dan menghasut konfrontasi boleh dilihat perjuangannya terakhir untuk menyelamatkan diri sendiri.
Menurut laporan Washington Post, Pompeo bukan sahaja meletakkan halangan kepada kerajaan baharu tetapi juga mahu mengumpulkan warisan politik untuk menyertai pertandingan Presiden AS pada tahun 2024.
Apabila ketua diplomat dari negara gergasi global mendahulukan ambisi politik peribadinya di depan kepentingan negara, amalan dasar luarnya pasti merupakan halangan besar bagi seluruh dunia. Dengan mengamalkan diplomasi yang mengugut, berbohong dan menyekat, Pompeo telah membuat sedunia mengenal wajah sebenar Washington yang sombong, munafik dan kasar, sekali gus merobek cawat "demokrasi," "kebebasan," dan "hak asasi manusia" yang diuar-uarkan negara itu.
'Loceng tamat kelas' sudah berbunyi. Jumpa lagi, sebenarnya tak mahu jumpa lagi, Setiausaha Negara AS yang paling buruk prestasinya dalam sejarah negara itu.