Dorong Hubungan China-AS Kembali ke Landasan Betul

2021-01-22 15:50:30  CRI
Share with:

Joe Biden, mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 pada 20 Januari lalu waktu tempatan. Sama ada kerajaan baharu AS dapat menangani hubungan dengan China dan melaksanakan dasar melibatkan China secara rasional dan pragmatik atau tidak, menjadi perhatian umum.

Hubungan China-AS mengalami masa sukar dalam tempoh 4 tahun yang lalu, disebabkan sesetengah politikus Washington berdasarkan mentaliti Perang Dingin dan prasangka ideologi melihat China sebagai “ancaman terbesarnya”, malah asyik menghitamkan sistem politik China, menyekat perkembangan syarikat China dan  kerap kali melampaui batas China dengan menjejaskan kepentingan teras dalam isu-isu yang paling diutamakan negara ini.

Sehubungan itu, bagaimana hubungan China-AS dapat dibaikpulih? Dalam kawat tahniah kepada Biden pada November lalu, Presiden China, Xi Jinping berharap kedua-dua pihak mengamalkan panduan tidak menentang, saling menghormati, kerjasama dan menang-menang supaya mendorong hubungan kedua-dua pihak terus berkembang ke arah yang sihat dan stabil.

Dalam situasi kini, China dan AS dikehendaki mewujudkan saluran dan mekanisme interaksi serta mengeluarkan isyarat positif dan melaksanakan langkah pragmatik untuk membaikpulih hubungan. Pada hakikatnya, China dan AS mempunyai ruang kerjasama besar dalam pencegahan dan kawalan wabak COVID-19, pemulihan ekonomi serta perubahan iklim.

Dunia ini boleh memanfaatkan kerjasama China- AS jika kedua-dua negara gergasi ini memilih berbuat sedemikian, sebaliknya jika kedua-dua pihak memilih konfrontasi, kepentingan rakyat sedunia turut terjejas.

Dasar AS yang melibatkan China tidak sepatutnya dikendalikan oleh kelompok anti-China yang berbilangan kecil. Oleh itu, kerajaan baharu AS dikehendaki memaparkan keberanian dan ketegasan politik supaya dapat mengelakkan dari terus terperangkap dalam prasangka ideologi, sebaliknya bersikap rasional mencorakkan semula masa depan yang cerah.

China mencadangkan kedua-dua pihak membuka dan mengaktifkan semua saluran dialog, mengemaskini senarai pertukaran bilateral, dan memfokuskan serta menjalankan kerjasama melawan wabak COVID-19. Kerajaan baharu AS diharapkan berusaha searah dengan China supaya membuka 'satu lembaran baharu' dalam hubungan China-AS. Ini bukan sahaja selaras dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara, malah merupakan tanggungjawab yang harus dipikul sebagai negara besar.

张宪