Guterres Alu-alukan Pemanjangan 'START Baharu'

2021-01-24 12:54:19  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Berastu (PBB), Antonio Guterres merakamkan alu-aluan terhadap keputusan Amerika Syarika (AS) dan Rusia yang ingin memanjangkan tempoh penguatkuasaan Perjanjian Pengurangan Senjata Strategik yang baharu (New START)  antara kedua-dua negara selama lima tahun.

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric dalam sidang media kelmarin berkata, Guterres menggalakkan kedua-dua negara tersebut segera mengambil tindakan agar prosedur pemanjangan tempoh penguatkuasaan START baharu diselesaikan sebelum ia tamat pada 2 Februari nanti, di samping memulakan rundingan kawalan senjata baharu dengan secepat mungkin.

Jurucakap Rumah Putih, Jen Psaki pada 21 Januari lalu menyatakan bahawa AS akan memanjangkan tempoh penguatkuasaan START baharu selama lima tahun. Ini mendapat sambutan daripada Rusia menurut Setiausaha Akhbar Presiden Rusia, Dmitri Peskov pada 22 Januari lalu.

曹捷