Israel telah membuka kedutaannya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.
Menurut kenyataan Kementerian Luar Israel, pembukaan kedutaan di Abu Dhabi, ibu negara UAE itu akan menggalakkan hubungan komprehensif kedua-dua negara, di samping meningkatkan komunikasi antara kerajaan, syarikat, badan swasta, kalangan akademi dan media.
Menteri Luar Israel, Gabi Ashkenazi mengatakan UAE memutuskan untuk membuka kedutaannya di Israel. Pihaknya mengalu-alukan keputusan tersebut.
Pada hari yang sama, kabinet Israel dengan semua undi meluluskan perjanjian untuk menormalkan hubungan dengan Maghribi.
Menurut undang-undang Israel, perjanjian itu perlu diundi di parlimen sebelum diluluskan oleh kabinet.
Dengan usaha pengantaraan Amerika Syarikat (AS), empat negara Arab iaitu Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Sudan dan Maghribi masing-masing mengumumkan untuk menormalkan hubungan dengan Israel sejak Ogos lalu.
Walau bagaimanapun, perjanjian berkenaan telah mengalami bantahan daripada pelbagai pihak di Palestin.