Terowong Xishuangbanna Landasan Kereta Api China-Laos Siap

2021-01-26 13:13:26  CRI
Share with:

Pembinaan terowong Xishuangbanna bagi landasan kereta api China-Laos siap sepenuhnya hari ini, selepas diusahakan selama 1,600 hari.

Setakat ini, dilaporkan sebanyak 90 daripada 93 terowong bahagian domestik telah siap dibina, sekali gus meletakkan asas untuk operasi landasan tersebut kelak.

Terletak di bandar Jinghong, wilayah Yunnan China, terowong Xishuangbanna sepanjang 10.7 kilometer itu satu projek yang cukup mencabar sepanjang pelaksanaannya.

Ia berikutan bentuk muka buminya yang rumit, termasuk zon rekahan sungai Lancang, batu kerakal dan keadaan air bawah tanah.

Selain itu, stratum terowong Xishuangbanna juga melintasi lapisan bumi bersuhu tinggi yang mencecah sehingga 40 darjah Celsius.

Kini, 97 peratus daripada keseluruhan projek pembinaan bahagian domestik landasan kereta api China-Laos sudah diselesaikan.

Landasan kereta api itu panjangnya lebih 1,000 kilometer, dijangka beroperasi menjelang hujung tahun ini.

Dengan siapnya landasan itu kelak, penumpang boleh bertolak dari Kunming, ibu kota wilayah Yunnan pada waktu pagi dan tiba di Vientiane, ibu negara Laos pada sebelah petang.

梁靓