Dapatkah Hubungan Trans Atlantik Dibaik Pulih

2021-01-26 15:20:10  CRI
Share with:

"Perkongsian trans Atlantik sebenarnya bergantung kepada peralatan sokongan asas." Inilah penilaian media Eropah terhadap hubungan antara Eropah dengan Amerika Syarikat (AS) dalam empat tahun yang lalu. Kini, peralihan kuasa di AS telah selesai, dan apakah hubungan itu dapat dibaik pulih?

Walaupun Presiden Joe Biden beberapa kali menyatakan akan membaiki hubungan dengan Eropah, namun Setiausaha Negara baharu, Antony Blinken menyatakan, pihaknya berazam untuk menghalang pembinaan Nord Stream-2. Sikap tersebut mengundang ketidapuasan keras daripada negara-negara Eropah. Canselor Jerman, Angela Merkel menyatakan bahawa janganlah harap hubungan Eropah dengan AS akan menjadi harmoni bermula esok.

Pertentangan antara kedua-dua pihak bukan hanya dalam isu projek Nord Stream-2 sahaja. Syarikat farmaseutikal AS, Pfizer menunda penyerahan vaksin dan tindakan ini mengundang kemarahan pelbagai negara Kesatuan Eropah (EU). Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte menyatakan tindakan tersebut "sama sekali tidak boleh diterima" dan memberikan amaran akan mengambil tindakan undang-undang. Pertukaran pemimpin AS ternyata tidak dapat menghapuskan persengketaan antara AS dengan Eropah.

Menurut penganalisis, persengketaan asas antara kedua-dua pihak ialah Washington hendak membina barisan bersatu yang dipimpin oleh AS agar mengukuh hegemoninya. Tetapi Eropah berharap meningkatkan kekuatan strateginya di samping meningktkan hubungan dengan AS.

Masalah struktur tersebut sukar untuk diatasi dengan pertukaran pemerintah sahaja.

徐国玮