Senat AS Ambil Alih Kes Dakwaan terhadap Trump

2021-01-27 15:13:55  CRI
Share with:

Sebanyak 100 senator dari Kongres Amerika Syarikat (AS) mengangkat sumpah menubuhkan panel untuk mengambil alih perbicaraan kes dakwaan terhadap bekas presiden, Donald Trump yang terlibat dengan tuduhan menghasut rusuhan.

Senator dari parti Republikan, Randal Howard Paul mengemukakan usul menuntut pengundian diadakan di Senat bagi menarik balik kes tersebut kerana Trump telah tamat perkhidmatan, dan Senat membicarakan kes ini pada masa sekarang tidak sesuai dengan perlembagaan. Namun usul Paul gagal diluluskan.

Menurut keputusan pengundian, 50 ahli Parti Demokratik dan 5 ahli Parti Republikan berpendapat bahawa Senat membicarakan kes dakwaan terhadap Trump tidak membelakangi perlembagaan. Manakala 45 lagi ahli Parti Repulikan mempunyai pendiriannya yang sebaliknya.

Menurut akhbar The Hill, keputusan pengundian tersebut mencerminkan Senat mungkin tiada jumlah undi setuju yang cukup untuk mengenakan tindakan terhadap Trump.

Menurut perjanjian yang dicapai antara kedua-dua parti sebelum ini, perbicaraan rasmi mungkin akan dimulakan seawal-awalnya pada minggu kedua Februari.

徐国玮