Rondaan Bersama ke-101 di Sungai Mekong Bermula

2021-01-27 14:48:15  CRI
Share with:

Rondaan Bersama ke-101 di Sungai Mekong Bermula_fororder_1611652229333_226_927x573

Rondaan bersama kali ke-101 di Sungai Mekong melibatkan China, Laos, Myanmar dan Thailand dilancarkan pada Selasa.

Operasi selama empat hari tiga malam itu menumpukan laluan sungai sepanjang lebih 600 kilometer, bertujuan menjamin keselamatan di perairan berkenaan.

Rondaan Bersama ke-101 di Sungai Mekong Bermula_fororder_1611652388138_985_914x586

Sebelum rondaan bermula, keempat-empat negara telah mengadakan sidang video bagi merumuskan hasil dan pengalaman daripada operasi membanteras kegiatan penyeludupan manusia sebelum ini, di samping membincangkan kerjasama memerangi jenayah rentas sempadan untuk fasa seterusnya.

Dalam pada itu, pelbagai pihak juga bersepakat untuk menjalankan kerjasama khas antidadah pada April hingga Jun setiap tahun, selain operasi bersama bagi membanteras kegiatan jenayah pada setiap bulan September hingga Disember.

Operasi bersama membanteras penyeludupan manusia yang berlangsung selama seratus hari dilaporkan mencapai hasil yang memuaskan dengan membongkar sebanyak 39 kes yang berkaitan, dan menghantar balik seramai 1,195 pendatang haram.

Rondaan bersama yang dijalankan sejak Disember 2011 itu memainkan peranan signifikan bagi menjamin keselamatan di Sungai Mekong, sekali gus mewujudkan model kerjasama baharu dalam penguatkuasaan undang-undang antara negara serantau.

张哲