Rancangan China Jelaskan Hala Tuju Multilateralisme

2021-01-27 13:00:45  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menghadiri sesi dialog Agenda Davos Forum Ekonomi Dunia (WEF) dan menyampaikan ucaptama melalui video di Beijing pada malam Isnin lalu. Ucaptama beliau telah menjelaskan makna multilateralisme dan memberikan hala tuju kepada usaha melawan wabak global, pemulihan ekonomi dunia serta tadbir urus global pasca wabak.

Kini, bilateralisme dan amalan perlindungan memberikan ancaman kepada keamanan dan pembangunan dunia. Presiden Xi dalam ucapannya menyatakaan bahawa "tidak sepatutnya bertindak bilateralisme atas nama multilateralisme", "multilateralisme pilih bukanlah pemilihan kita", dan "multileteralisme pada abad ke-21 harus mewariskan tradisi di samping menjalankan inovasi".

Kenyataan Xi tersebut telah memberikan tafsiran mengenai multileteralisme dan juga menekankan betapa pentingnya membangunkan multilateralisme yang bersesuaian dengan senario semasa.

Ketua editor akhbar Business Kazakhstan, Serik A.Korzhumbayev menyatakan bahawa huraian Presiden Xi tentang pelaksanaan multilateralisme telah menjelaskan hala tuju pembangunan global.

China komited terus aktif mengambil bahagian dalam kerjasama antarabangsa memerangi pandemik, terus melaksanakan strategi terbuka untuk saling menguntungkan, berusaha menggalakkan pembangunan mampan, menggalakkan inovasi sains dan teknologi, serta mempergiat penubuhan hubungan antarabangsa model baharu.

Tindakan yang disebut dalam ucapan Presiden Xi tersebut menunjukkan hasrat sebuah negara besar untuk mengekalkan multilateralisme.

Menurut Ketua Institut Ekonomi dan Perniagaan University of the Witwatersrand, Jannie Rossouw, China memainkan peranan signifikan dalam merapatkan kerjasama global. Negara ini dipercayai akan memberikan lebih banyak sumbangan pada masa depan.

Seperti yang dinyatakan Presiden Xi, "setiap satu pemilihan dan tindakan yang kita buat sekarang akan menentukan masa depan dunia." Multilateralisme menerangkan jalan kita menuju ke arah membina komuniti berkongsi nasib sesama insan. China akan terus mengekalkan multilateralisme berdasarkan muafakat, di samping memberikan sumbangan sendiri. 

覃淼