COVID-10: Kes Positif Melebihi 1 Juta di Indonesia

2021-01-27 11:51:07  CRI
Share with:

Menurut statistik terkini Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia (BNPB), kes jangkitan baharu di negara itu merekodkan 13,094, menjadikan kes positif kumulatif 1,012,350, antaranya 28,468 kes kematian, dan 820,356 telah sembuh.

Menurut kenyataan Presiden Joko Widodo, pemvaksinan ialah cara paling efektif untuk membendung penularan pandemik dan memulihkan ekonomi di negara itu.

Sehingga kini, kerajaan Indonesia telah menempah 426 juta dos vaksin dari empat syarikat pengeluar vaksin dari luar negara.

Kira-kira 30,000 kakitangan perubatan, 10,000 pusat perubatan di komuniti perumahan dan 3,000 hospital ditugaskan untuk menjalankan suntikan vaksin di seluruh negara itu.

覃淼