Globalisasi Perlu Usaha Bersama Semua Pihak

2021-01-28 14:02:20  CRI
Share with:

Akhir-akhir ini, penularan pandemik COVID-19 digunakan oleh sesetengah orang sebagai alasan untuk menentang globalisasi ekonomi. Namun faktanya telah membutkikan bahawa kerja melawan pandemik masih bergantung kepada globalisasi.

Seperti yang dinyatakan oleh Presiden Xi Jiniping dalam sesi dialog Agenda Davos pada Isnin lalu, globalisasi ekonomi ialah keperluan objektif pembangunan produktiviti serta hasilnya kemajuan sains dan teknologi. Oleh itu, sikap yang menentang globalisasi dan isolasi dengan memperalatkan "penularan pandemik" tidak selaras dengan kepentingan apa jua pihak.

Ketika dunia ini berdepan cabaran pandemik dan perubahan besar, apa bentuk globalisasi yang diperlukan telah menimbulkan perbincangan masyarakat antarabangsa. "Mengurangkan jurang perbezaan antara negara maju dengan negara membangun, dan menggalakkan pembangunan dan kemakmuran bersama", inilah jawapan dari China.

Pada hakikatnya, China sebagai negara besar yang menyokong globalisasi, sentiasa berusaha ke arah tersebut.

Berdepan dengan pandemik COVID-19, China telah menghulurkan bantuan perubatan kepada lebih 150 negara dan 13 pertubuhan antarabangsa, menghantar 36 pasukan perubatan ke luar negara, serta menyertai kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin antarabangsa. China selama ini memegang kepada dasar pintu terbuka, memelihara kestabilan dan kelancaran rantai bekalan dunia.

Pembinaan globalisasi yang lebih terbuka dan inklusif, bukan sahaja hanya bergantung kepada usaha sesetengah negara semata-mata, tetapi juga memerlukan konsensus oleh masyarakat antarabangsa, membuang sistem dan piawaian diskriminasi dan pengasingan, menentang halangan perdangangan, pelaburan dan teknologi.

Ujar Presiden Xi, China akan terus menyediakan sokongan yang diperlukan kepada negara-negara membangun, menjamin hak dan kepentingan sah negara-negara membangun, serta menggalakkan kesamarataan dan keadilan pelbagai pihak. 

胡星