Merkel: Sokong Multilateralisme, Tolak Perpecahan

2021-01-28 15:54:32  CRI
Share with:

Zaman ini zaman globalisasi, dan kehidupan manusia bergantung kepada hubungan sejagat. Oleh itu, multilateralisme ialah pilihan wajib kita, dan isolasi tidak dapat menyelesaikan sebarang masalah.

Canselor Jerman, Angela Merkel berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Forum Davos pada Selasa lalu.

Menurutnya, beliau menyokong multilateralisme anjuran China. Pemimpin China telah menyampaikan ucaptama dalam forum itu pada Isnin lalu. Beliau mempunyai pendirian yang sama dengan Presiden Xi dalam menyokong multilateralisme.

Merkel turut memberikan amaran bahawa dunia yang berpecah belah adalah tidak adil bagi kebanyakan negara. Eropah tidak akan berbelah di antara Amerika Syarikat (AS) dengan China.

Tambah beliau, konsensus antara Eropah dengan China lebih banyak berbanding dengan percanggahan pendapat. Beliau berpuas hati dengan perjanjian pelaburan dan perdagangan China-Eropah yang dicapai pada akhir tahun lalu.

徐国玮