Gunung Merapi Meletus Lagi

2021-01-28 15:53:54  CRI
Share with:

Gunung Merapi di tengah pulau Jawa, Indonesia meletus pada Rabu, menyebabkan asap dan debu tebal setinggi kira-kira 3,000 meter.

Badan Pencegahan Bencana Negara Indonesia semalam mengumumkan, setakat ini, masih belum ada laporan tentang kehilangan nyawa dan kerugian harta benda.

Badan itu mengingatkan penduduk di kawasan berkenaan duduk di rumah.

Gunung Merapi ialah gunung berapi yang paling aktif di Indonesia. Letusannya yang dahsyat pada tahun 2010 telah meragut lebih 300 nyawa.

徐国玮