Kenyataan Presiden Xi, Huraian Terperinci Arah Tadbir Urus Global

2021-01-29 15:08:47  CRI
Share with:

"Multilateralisme pada abad ke-21 perlu mengekalkan tradisinya di samping menjalankan inovasi untuk menghadapi masa depan. Masyarakat antarabangsa perlu membaharui dan menyempurnakan tadbir urus global melalui muafakat dan konsensus". Demikian dikatakan oleh Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucaptama dalam sesi dialog Agenda Davos Forum Ekonomi dunia secara maya Isnin lalu.

Pandangan beliau untuk menyempurnakan tadbir urus global melalui semangat multilateralisme mendapat sambutan baik daripada masyarakat antarabangsa.

Ketika memberi pandangan tentang "apa peraturan tadbir urus yang diperlukan dunia?" Presiden Xi menegaskan bahawa masyarakat antarabangsa perlu memahuti undang-undang antarabangsa, mempertahankan sistem antarabangsa yang berteraskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan order antarabangsa yang berasaskan undang-undang antarabangsa."

Beliau juga menganjurkan bahawa "masyarakat antarabangsa perlu menjalankan tadbir urus berdasarkan peraturan dan konsensus yang dicapai bersama, bukannya menerima arahan daripada sebuah atau beberapa negara."

Pandangaan yang bijak tersebut telah memberikan huraian terperinci bagi arah tadbir urus global.

Ketika menyentuh tentang masalah jurang perbezaan pembangunan yang semakin besar antara Selatan dengan Utara, Xi mengatakan bahawa masyarakat antarabangsa perlu menyediakan sokongan yang diperlukan kepada negara-negara membangun agar menjamin hak dan kepentingan pembangunan mereka serta membolehkan rakyat negara-negara berkenaan dapat berkongsi peluang dan hasil pembangunan.

Ketika menyentuh tentang topik hangat bagi tadbir urus global seperti kesihatan awam dan perubahan iklim, Xi menegaskan peri pentingan peranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), perbincangan tentang penggubalan peraturan tadbir urus digital global serta pelaksanaan Perjanjian Paris. Beliau sekali lagi berjanji China akan komited mencapai matlamat tentang nuetral karbon.

Tambah beliau, penyempurnaan tadbir urus global memerlukan suatu masa yang panjang. Pelbagai pihak perlu mempertahankan multilateralisme, mengadakan muafakat yang meluas, mencapai konsensus untuk mencapai kejayaan.

徐国玮