6 Maut Kemalangan Kebocoran Cecair Nitrogen di AS

2021-01-29 15:09:40  CRI
Share with:

Kemalangan kebocoran cecair nitrogen berlaku di sebuah kilang pemproes makanan di negeri Georgia, tenggara Amerika Syarikat (AS) semalam waktu tempatan yang mengakibatkan sekurang-kurangnya enam orang maut dan sembilan lagi cedera.

Jurucakap pasukan bomba tempatan menyatakan, pihaknya menerima laporan tentang kebocoran tersebut pada kira-kira pukul 10.00 pagi. Lebih 100 orang telah dipindahkan.

Menurut beliau, tiada letupan berlaku di kilang itu. Punca kemalangan sedang disiasat.

徐国玮