COVID-19: Kes Positif Tempatan Dilaporkan Lagi di Vietnam

2021-01-29 12:37:36  CRI
Share with:

Kementerian Kesihatan Vietnam semalam mengesahkan sebanyak 84 kes positif tempatan baharu ditemui di negara itu. Tiada kes baharu dilaporkan di Vietnam dalam lebih 50 hari lalu.

Dua kes positif masing-masing di provinsi Tinh Hai Duong dan provinsi Tinh Quang Ninh. Manakala 82 lagi kes adalah kontak rapat dengan dua pesakit tersebut.

Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc mengetuai mesyuarat tergempar dan menggesa pihak-pihak berkuasa berkaitan mengambil tindakan kawalan dan pencegahan wabak, memastikan pembukaan dan ketelusan maklumat terjamin, selain mengenal pasti punca dan saluran jangkitan berkenaan.  

Setakat pukul 7.00 malam Khamis, jumlah kes posifik di Vietnam mencatat angka 1,642, antaranya 35 kes kematian.

覃淼