Syarikat China Peroleh Kontrak RTS Singapura-Johor Bharu

2021-01-30 15:37:13  CRI
Share with:

Cawangan China Communications Construction Company Limited (CCCCL) di Singapura memperoleh kontrak bernilai S$180 juta (RM547 juta) untuk membina jejambat dan terowong bagi Laluan Sistem Gerak Cepat (RTS) Johor Bahru-Singapura.

Menurut pengumuman Lembaga Pengangkutan Darat (LTA) Singapura Jumaat lalu, jejambat itu akan dibina pada ketinggian 25 meter di Selat Johor dalam kawasan perairan Singapura dan ia akan dihubungkan dengan laluan darat di mana ia bercabang kepada terowong-terowong bawah tanah menghala ke stesen Woodlands North Laluan RTS.

Pembinaan jejambat dan terowong tersebut dijangka akan dimulakan pada suku kedua tahun ini.

Sistem RTS Singapura-Johor Bahru ialah laluan RTS pertama antara Malaysia dengan Singapura. Panjangnya empat kilometer dan masing-masing ada sebuah stesen di Malaysia dan Singapura. Pembinaannya dijangka akan siap menjelang tahun 2024. 

胡星