Landasan HSR Jakarta-Bandung Disambung dengan Landasan Lain

2021-01-30 15:45:28  CRI
Share with:

Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Jakarta-Bandung berjaya disambung dengan landasan yang sedia ada pada Khamis lalu.

Penyambungan landasan di stesen Lankez itu amat penting bagi keseluruhan landasan HSR tersebut. Syarikat PowerChina membuat persiapan teliti dan menjalankan pelan pembinaan secara teratur untuk menjamin kerja itu disiapkan menurut jadual dan lancar.

Landasan HSR Jakarta-Bandung merupakan projek teladan dalam pembinaan Inisiatif Jalur & Laluan (BRI) dan kerjasama China dengan Indonesia. Ia menghubungkan ibu kota Jakarta dengan Bandung, bandar keempat terbesar di negara itu dengan panjangnya 142 kilometer dan kelajuan maksimun 350 kilometer sejam. 

胡星