Tohmahan Wujudnya "Kerja Paksa" di Xinjiang, Sandiwara Sahaja

2021-01-30 15:38:01  CRI
Share with:

"Penuh desas-desus, sengaja memotong video, dan turunkan nada bersuara. Semua ini tipu muslihat, dan sandiwara sahaja!”

Demikianlah komen sarjana isu antarabangsa dari Amerika Syarikat (AS), Einar Hans Tangen setelah menonton laporan video oleh The New York Times yang diambil di Kuitun, wilayah Xinjiang China baru-baru ini.

Adegan mengenai etnik Uygur "bekerja secara paksa" sebenarnya kesan khas filem sahaja.

Bukan itu sahaja, ada sesetengah sarjana Barat yang ditaja kumpulan anti-China sentiasa melemparkan tohmahan mengenai "kerja paksa" bagi memburuk-burukkan usaha jaminan kerja di Xinjiang.

Sebenarnya, hasil siasatan Grayzone, laman sesawang bebas Amerika Syarikat (AS) mendapati bahawa laporan mengenai "kerja paksa" di Xinjiang hanyalah kegiatan yang dirancang oleh kuasa anti-China dari AS dan Australia.

Padahal, bekerja di tempat lain antara saluran penting bagi membantu penduduk Xinjiang menjana pendapatan. Menurut statistik kasar, pendapatan purata penduduk Xinjiang yang bekerja di wilayah lain berjumlah 40 ribu yuan setahun, dan angka ini setaraf dengan pendapatan penduduk tempatan.

Xinjiang berjaya membasmi kemiskinan secara menyeluruh sehingga bulan November tahun lepas. Desas-desus Barat ditepis apabila statistik berkenaan membuktikan bahawa penduduk Xinjiang tidak ketinggalan dalam berkongsi hasil pembangunan negara.

Semua tindakan yang mengambinghitamkan China tidak dapat menafikan kemakmuran dan ketenteraman di Xinjiang, atau menghalang pembangunan negara China. Pembohongan hanya pembohongan sahaja. 

覃淼