Prestasi Ekonomi AS Paling Buruk Sejak 1946

2021-01-30 14:56:00  CRI
Share with:

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) menguncup sebanyak 3.5% pada tahun 2020 berikutan penularan wabak COVID-19, memetik unjuran Jabatan Perdagangan AS.

Ini penguncupan paling besar sejak tahun 1946, dan juga kali pertama negara itu merekodkan kemerosotan sepanjang tahun sejak krisis kewangan antarabangsa pada tahun 2008.

Ditinjau dari beberapa item, bayaran penggunaan individu yang dianggap enjin utama pertumbuhan ekonomi di AS menurun sebanyak 3.9%, iaitu prestai paling buruk sejak tahun 1932. Selain itu, pelaburan syarikat dan eksport juga mengalami tempias teruk, yang masing-masing menurun 1.8% dan 13% sepanjang tahun.

Oleh itu, sama ada penularan pandemik dapat dibendeng amat signifikan bagi prospek ekonomi di negara itu.

Dalam perkembangan yang berkaitan, kerajaan Biden telah mengeluarkan pakej rangsangan ekonomi sebanyak USD1.9 trilion baru-baru ini, namun mengalami bantahan kebanyakan ahli Kongres dari Parti Republikan. 

覃淼