Xi Utus Tahniah kepada Nguyen Phu Trong

2021-02-01 11:32:46  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada Nguyen Phu Trong atas pelantikan beliau sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (PKV), pada Ahad.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), percaya bahawa Vietnam mampu mencapai kemajuan lebih besar dalam pembangunan negara di bawah pimpinan Jawatankuasa Pusat PKV penggal baharu yang diterajui Nguyen Phu Trong.

Beliau turut menzahirkan kesediaan untuk bersama-sama Nguyen Phu Trong memperhebat komunikasi strategik, menyemarakkan persahabatan tradisional, mengintensifkan interaksi dan kerjasama dalam pelbagai bidang, sekali gus menggalakkan perkongsian strategik komprehensif China-Vietnam terus berkembang dengan sihat dan stabil demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

 

 

周乔西