UNSC Bincang Krisis Politik Myanmar

2021-02-02 13:23:03  CRI
Share with:

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dijadual mengadakan mesyuarat tertutup secara maya hari ini bagi membincangkan krisis politik di Myanmar.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam kenyataan dikeluarkan malam Isnin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Myanmar yang menahan Presiden Win Myint, Penasihat Negara Aung San Suu Kyi dan beberapa pegawai kanan lain Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD).

Tindakan tersebut disifatkan sebagai satu tamparan hebat kepada reformasi demokratik di Myanmar.

Dalam perkembangan lain, pihak tentera Myanmar mengumumkan rombakan secara besar-besaran dilakukan terhadap barisan pentadbiran, membabitkan 11 menteri diganti dan 24 timbalan menteri dilucutkan jawatan.

 

 

周乔西