China, Laos Lancar Aktiviti Tahun Persahabatan

2021-02-03 17:44:25  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Laos, Saleumxay Kommasith menerusi pautan video hari ini.

Wang yang juga Ahli Dewan Negara berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-60 penjalinan hubungan diplomatik China-Laos dan juga tahun persahabatan antara kedua-dua negara. Ia sekali gus membawa peluang baharu kepada perkembangan hubungan bilateral.

Beliau menyarankan supaya kedua-dua pihak mempercepat pembinaan koridor ekonomi, selain memastikan projek landasan kereta api China-Laos diselesaikan mengikut jadual.

Beliau juga menyatakan kesediaan pihak China untuk memperkasakan kerjasama dengan Laos dalam memerangi pandemik COVID-19, termasuk memberikan sokongan dari segi vaksin.

Saleumxay pula berkata, pihaknya komited melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara dan pelan tindakan komuniti berkongsi nasib Laos-China, di samping memperdalam komunikasi strategik dan kesalingpercayaan.

Kedua-dua pihak turut melancarkan aktiviti sambutan Tahun Persahabatan China-Laos.

董筱娉