Perlu Usaha Kondusif demi Permuafakatan Myanmar

2021-02-03 11:16:04  CRI
Share with:

China berharap percanggahan Myanmar dapat diselesaikan sebaik-baiknya dalam rangka Perlembagaan dan undang-undang bagi memelihara kestabilan politik dan masyarakat.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin dalam taklimat media pada Selasa,  ketika diminta mengulas mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB(UNSC) berhubung situasi Myanmar.

Jurucakap itu berkata, China mengekalkan komunikasi dengan pihak-pihak terbabit mengenai isu berkenaan. Tindakan masyarakat antarabangsa perlu membantu menjamin kestabilan politik dan permuafakatan negara Myanmar, dan mengelak daripada merumitkan lagi situasi.

张哲