Betulkan Sudut Pandang, Kunci Pulih Hubungan

2021-02-03 14:29:35  CRI
Share with:

Hubungan China dengan Amerika Syarikat (AS) telah mengharungi tempoh sukar sepanjang empat tahun lalu, gara-gara segelintir politikus AS melihat China sebagai pesaing strategik serta mengamalkan dasar berhaluan salah terhadap China.

Pepatah China berbunyi, "loceng yang diikat pada tali sepatutnya dilonggarkan oleh orang yang mengikatnya". Ternyatalah bahawa memandang China dengan betul prasyarat bagi kerajaan AS penggal baharu menggubal dasar bersifat objektif dan rasional terhadap China, juga kunci bagi pemulihan hubungan bilateral.

Dalam hubungan sesama negara, diperlukannya kesungguhan untuk bergerak sehaluan. Hal ini boleh dimulakan daripada betul-betul mengenali China.

Sepertimana ditegaskan pucuk pimpinan China, pembangunan negara bertujuan membolehkan rakyat menikmati kehidupan lebih baik, sekali gus mewujudkan pembangunan bersama dengan negara-negara lain termasuk AS.

China tidak pernah mahu mengubah, mencabar atau mengganti AS. Maka, negara itu juga patut berbuat sama.

Dari perspektif yang lain, China tidak pernah mencampuri urusan dalaman AS. Justeru, negara itu juga perlu mematuhi prinsip “satu China”, segera menghentikan campur tangan dalam isu Hong Kong, Tibet dan Xinjiang yang berkaitan dengan kedaulatan dan keutuhan wilayah China, bagi mengelakkan hubungan dua hala dan kepentingan diri sendiri daripada terus terjejas.

Pendek kata, China bersedia hidup bersama secara damai dengan AS berlandaskan kerjasama saling untung, di samping komited terus mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara.

周乔西