Olimpik 2022 Suntik Keyakinan kepada Dunia

2021-02-04 12:03:07  CRI
Share with:

4 Februari merupakan kira detik setahun menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Semasa mengumumkan Beijing sebagai tuan rumah temasya itu pada enam tahun lepas, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach berkata bahawa hak penganjurannya telah diserahkan kepada pihak amanah.

Anggapan Bach itu terbukti betul dengan kesungguhan China dalam melaksanakan kerja-kerja persiapan bagi temasya tersebut, meskipun berdepan cabaran akibat pandemik COVID-19.

Tinjauan Presiden Xi Jinping terhadap kerja persiapan itu dan perbualannya dengan Bach menerusi telefon pada Januari turut memperlihatkan keyakinan China untuk menganjurkan sukan Olimpik itu mengikut jadual.

Keyakinan itu lahirnya daripada prestasi negara ini dalam membendung penularan wabak dan mewujudkan rejuvenasi ekonomi.

Kini, kesemua 12 gelanggang dan  stadium telah siap dibinaselain landasan kereta api laju yang menghubungkan lokasi-lokasi pertandingan turut beroperasi.

Prestasi yang dicapai melalui usaha bersama seluruh rakyat China ini diibaratkan sebagai satu keajaiban oleh Presiden IOC.

Keyakinan dan solidariti amat signifikan bagi dunia tatkala mendepani pandemik. Sukan Olimpik Musium Sejuk 2022 di Beijing bakal menjadi penghubung yang menyatupadukan dunia untuk bersama-sama merungkai cabaran. 

张哲