China Sangkal Tuduhan Beri Sokongan Tersirat

2021-02-04 13:15:47  CRI
Share with:

China menyangkal tuduhan bahawa perubahan situasi politik di Myanmar kemungkinan berlaku dengan mendapat sokongan atau persetujuan tersirat daripadanya.

Jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin dalam sidang media semalam berkata, dakwaan  tersebut adalah tidak berasas sama sekali.

"Selaku jiran bersahabat, China berharap pihak-pihak terbabit di Myanmar dapat menangani percanggahan sebaik-baiknya di bawah rangka Perlembagaan dan undang-undang, demi kestabilan politik dan sosial," ujarnya.

梁靓