Di Depan Fakta, Dusta Hancur Luluh

2021-02-05 13:21:23  CRI
Share with:

“Kerajaan China memperoleh pencapaian cemerlang dalam pembangunan masyarakat dan perlindungan hak asasi manusia,” ujar diplomat dari Laos, Kham-Inh Khitchadeth.

Dijemput hadir ke sesi promosi secara maya bertema “Xinjiang, Tempat Mempesona” pada Rabu, Wakil Tetap Laos ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva itu berkongsi pengalaman beliau berada di Xinjiang pada 2019.

Beliau menganggap, tiada satu standard yang universal bagi menempuh jalan pembangunan. Prestasi China dalam bidang berkenaan cukup unggul.

Seperti yang dinyatakan Kham-Inh, kemajuan yang dicapai Xinjiang disaksikan masyarakat antarabangsa.

Laporan Tanggungjawab Sosial Industri Tekstil Kapas Xinjiang yang disiarkan pada 1 Februari, mencuri perhatian ramai.

Laporan itu merekodkan, sebanyak 93.2 peratus responden daripada pekerja tekstil sudi bekerja di perusahaan tekstil menerusi karnival kerjaya atau rekomen orang lain.

Antara lain yang penting juga, hak dan kepentingan pekerja etnik minoriti dihormati dan dijamin sepenuhnya, seperti kebebasan beragama, mengekalkan tradisi dan budaya sendiri dan menggunakan bahasa ibunda.

Contohnya, ketika sesi penandatanganan kontrak kerja, pemain tekstil sentiasa menyiapkan kontrak dwibahasa kepada pekerja etnik minoriti.

Statistik rasmi menunjukkan, wilayah berkenaan mewujudkan 461,100 pekerjaan baharu bagi tahun 2020, di samping mencatat sifar miskin tegar pada November lepas.

Kesemua fakta tersebut disumbang oleh pembangunan masyarakat tempatan dan kukuhan perpaduan sesama kaum.

Apabila makin ramai warga Xinjiang menjalani kehidupan lebih baik menerusi pekerjaan yang memuaskan, hancur luluhlah dusta dan bohong yang  sengaja direka-reka politikus Barat.

董筱娉