Kemboja Lancar Latihan Suntikan Vaksin Buatan China

2021-02-05 13:05:37  CRI
Share with:

Kemboja Lancar Latihan Suntikan Vaksin Buatan China_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_6ce19df1-8c13-4ab5-8cfb-9e028db85b0c

Kemboja secara rasminya memulakan program latihan suntikan vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh China di Hospital Preah Ket Mealea, pada Rabu.

Ketika berlangsungnya majlis pelancaran bagi program tersebut, Duta Besar China ke Kemboja, Wang Wentian dalam ucaptamanya menyatakan bahawa program itu turut menandakan bahawa kerjasama China dan Kemboja bagi melawan wabak kini telah memasuki fasa baharu.

Menurut Wang, beliau yakin usaha sama kedua-dua pihak akan menyaksikan program pemvaksinan di Kemboja berjalan lancar, sekali gus mendorong negara itu memenangi perjuangan melawan wabak dan memulihkan pembangunan sosioekonomi dengan kadar segera.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Kemboja, Tea Banh pula menyatakan bahawa pihaknya berterima kasih  atas sumbangan yang diberikan oleh China termasuk pemberian vaksin dan bantuan dalam perlaksanaan latihan pemvaksinan kepada kakitangan perubatan Kemboja.

Pada masa sama, beliau yang juga merangkap Menteri Pertahanan Kemboja itu turut berharap agar kakitangan perubatan ketenteraan pelbagai peringkat dapat menguasai selok belok dalam penjagaan dan penggunaan vaksin secepat yang mungkin bagi memastikan kelancaran program pemvaksinan tersebut.

Menurut rekod, kumpulan pakar perubatan ke-16 dari pihak ketenteraan China akan menawarkan latihan vaksinasi kepada lebih 150 kakitangan perubatan ketenteraan Kemboja bermula kelmarin sebagai langkah persiapan bagi suntikan vaksin China yang dijadualkan dibawa ke Kemboja dalam masa terdekat.

Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut adalah Menteri Kesihatan Kemboja, Mam Bunheng.

Kemboja Lancar Latihan Suntikan Vaksin Buatan China_fororder___172.100.100.3_temp_9500020_1_9500020_1_1_0143ffe1-3580-4cea-8297-ac0b67179b83

曹捷