IOC Ajak Atlet Seluruh Dunia ke Olimpik 2022

2021-02-05 11:09:20  CRI
Share with:

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach mengeluarkan jemputan kepada atlet dari 206 negara dan wilayah untuk menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, sempena kira detik setahun menjelang temasya itu pada Khamis.

Ketika berucap menerusi pautan video, Bach menyifatkan penganjuran Olimpik di Beijing itu bakal memberi impak menjangkau jauh kepada sukan musim sejuk seluruh dunia.

Beliau turut menyuarakan keyakinan terhadap China untuk menjayakan penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk susulan negara ini berjaya membendung wabak COVID-19 dengan berkesan.

Tambah beliau, pihak penganjur akan menjalankan kerjasama rapat dengan IOC bagi memastikan temasya itu diadakan dengan selamat.

张哲