Sumbangan Vaksin Papar Sikap Bertanggungjawab

2021-02-06 13:29:14  CRI
Share with:

China mengumumkan pembekalan 10 juta dos vaksin COVID-19 kepada pelan peruntukan vaksin global(COVAX) pada Rabu, terutamanya bagi kegunaan kecemasan di negara-negara membangun. Tindakan China itu mendapat sanjungan pelbagai negara.

Kini, China sedang menyediakan bantuan vaksin kepada 13 buah negara membangun di dunia, antaranya Paksitan telah menerima vaksin kumpulan pertama. Bantuan serupa akan diberikan kepada 38 negara membangun yang lain pada fasa seterusnya.

Pada masa yang sama, China juga menggalakkan syarikat farmaseutikal domestik menjalankan usaha sama dengan syarikat asing dalam penyelidikan dan pembangunan vaksin COVID-19.  

Vaksin COVID-19 keluaran China sudah disahkan selamat dan berkesan melalui ujian klinikal. Harganya yang berpatutan turut mengurangkan beban ekonomi negara kurang maju untuk memperoleh vaksin.

Yang lebih signifikan, kesungguhan China tersebut menyemarakkan semangat solidariti untuk memerangi pandemik, tatkala “nasionalisme vaksin” diamalkan sesetengah negara Barat pada masa ini.

Dengan memberi tumpuan kepada negara-negara membangun, vaksin China mendapat sambutan baik daripada masyarakat antarabangsa. Ini kerana pengagihan vaksin secara adil untuk negara membangun kunci bagi memenangi perjuangan melawan pandemik, dan merealisasikan rejuvenasi ekonomi global.

张哲