'Pakatan Demokrasi' Nampaknya Program Hiburkan Diri

2021-02-08 14:51:29  CRI
Share with:

'Pakatan Demokrasi' Nampaknya Program Hiburkan Diri_fororder_微信图片_20210208144954

Ucapan Presiden Amerika Syarikat(AS), Joe Biden mengenai dasar luar serta langkah-langkah yang diambil kumpulan diplomat AS telah mendedahkan satu isyarat yang penting, iaitu kerajaan AS baharu mahu membentuk semula satu pakatan yang berteraskan “demokrasi” untuk menggalakkan negara sekutunya bersama-sama mengekang pembangunan China. Berapa besar daya tarikan pakatan seumpama itu?

Pada 5 Februari lalu, Canselor Jerman, Angela Merkel berkata bahawa Eropah tetep memerlukan 'dasar China' yang bebas walaupun Eropah dan AS telah mencapai banyak konsensus. Pada 4 Februari pula, Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengatakan bahawa walaunpun mempunyai persepsi nilai yang sama dengan AS, Kesatuan Eropah tidak sepatutnya bersama dengan AS menentang China. Ini turut membuktikan pandangan News Week AS tentang cadangan AS mahu membentuk “pakatan persepsi nilai” tidak begitu menarik bagi Eropah pada zaman ini, dan cadangan itu membesar-besarkan peranan yang dimainkan oleh konsep demokrasi dalam diplomasi Eropah.

Kepentingan pelbagai negara berkait rapat pada zaman globalisasi ini. Wabak COVID-19 membuat sedunia lebih-lebih lagi menyedari peri pentingnya perpaduan dan kerjasama. Hakikatnya, Biden sendiri pun pernah menegaskan pentingnya menjalankan kerjasama dengan China. Maka, mengapa negara lain harus memihak kepada AS demi kepentingannya,  dan melakukan konfrontasi dengan China sehingga kepentingan negara sendiri terjejas?

'Pakatan Demokrasi' Nampaknya Program Hiburkan Diri_fororder_微信图片_20210208145004

Apa dah lagi, tidak kira betapa indah “demokrasi” disifatkan oleh kerajaan AS penggal ini, huru-hara yang berleluasa dalam  masyarakat negara itu tidak dapat disembunyikan. Pemenang Hadiah Nobel bagi kategori ekonomi, Joseph Stiglitz menyatakan dengan terus dan tepat bahawa sistem demokrasi "milik rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat" yang dikeluarkan Abraham Lincoln telah berkembang menjadi 'milik 1% rakyat, oleh 1% rakyat dan untuk 1% rakyat'.

Melalui penularan wabak COVID-19 , terdedahlah dengan jelas hubungan antara AS dengan Eropah yang rapuh seperti plastik.

'Pakatan kelompok berteraskan persepsi nilai' yang direka-rekakan oleh AS, hanya akan mengundang pertentangan dan kebencian kepada masyarakat manusia. Sama seperti dikatakan bekas Setiausaha Negara AS, Henry Alfred Kissinger, adalah tidak bijaksana untuk membentuk suatu pakatan dengan menyasarkan suatu negara yang tertentu. Mengetepikan prasangka ideologi, mengawal perselisihan dan memfokuskan kerjasama, barulah hasrat orang ramai dan arus perkembangan zaman.

曹捷