

Kerja pembaikpulihan jalan purba yang berusia lebih 100 tahun sedang giat dilaksanakan di pekan Wulijie, kaunti Yongchun, bandar Quanzhou, provinsi Fujian baru-baru ini.

Kerja pembaikpulihan bangunan kaki lima di kedua-dua tepi jalan, pemasangan saluran paip dan kabel elektrik, pembaikpulihan permukaan jalan dan pembinaan pusat aktiviti program simulasi penghayatan telah diselesaikan pada masa ini dan turut menjadikan wajah jalan purba itu ditampilkan semula pada peringkat awal.

Pekan Wulijie yang disifatkan sebagai “HabPerniagaan dan Perdagangan di Selatan Fujian” adalah antara tempat permulaan “Jalan Sutera Maritim” dalam sejarah.