Vaksin Buatan China Tiba di Kemboja

2021-02-08 13:00:25  CRI
Share with:

Vaksin COVID-19 buatan China kumpulan pertama mula tiba di Phnom Penh, semalam.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menyatakan bahawa vaksin yang merupakan bantuan dari China itu akan merapatkan lagi persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara.

Ketika menyampaikan ucaptamanya dalam majlis penyerahan di lapangan terbang pada Ahad, beliau berkata ia juga sekali gus akan memperkasakan hubungan perkongsian strategik kedua-dua negara, selain membina komuniti berkongsi nasib.

Sementara itu, Duta Besar China ke Kemboja, Wang Wentian pula memberitahu bahawa kedua-dua negara saling bergabung tenaga dalam melawan wabak.

Jelasnya, sumbangan vaksin kali ini yang diberikan oleh tentera China kepada tentera Kemboja turut melambangkan persahabatan erat antara pihak tentera dan negara China-Kemboja.

Terdahulu, Kemboja telah melancarkan program vaksinasi buatan China National Pharmaceutical Group Corporation (Sinopharm) di seluruh negara pada Khamis lalu selain turut mengadakan majlis perasmian latihan suntikan vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh China pada hari sebelumnya.

Untuk rekod, kumpulan pakar perubatan ke-16  ketenteraan China akan menawarkan latihan vaksinasi kepada lebih 150 kakitangan perubatan tentera Kemboja.

覃淼