PBB Mulakan Pemilihan dan Pelantikan Setiausaha Agung Penggel Baharu

2021-02-09 11:12:04  CRI
Share with:

Pengerusi Perhimpunan Agung PBB (UNGA) dan Pengerusi Bergilir Majlis Keselamatan PBB telah menandatangani sepucuk surat kepada semua anggota PBB untuk memulakan prosedur pemilihan dan pelantikan Setiausaha Agung penggel baharu.

Demikian dimaklumkan oleh Perhimpunan Agung PBB (UNGA), Brenden Varma dalam sidang akhbar Isnin lalu.

Varma berkata, pihaknya akan menyerahkan senarai calon kepada semua anggota PBB, dan menyediakan peluang dialog tidak rasmi atau pertemuan antara semua calon dengan anggota pelbagai badan PBB.

Menurut Varma, dialog tidak rasmi dijangka akan diadakan pada Mei atau Jun yang akan datang, iaitu menjelang pengundian dalaman Majlis Keselamatan PBB. Dialog tidak rasmi itu juga mungkin berlangsung sepanjang proses pemilihan jika perlu.

Didedahkan Jurucakap PBB, Stephane Dujarric pada 11 Januari lalu, António Guterres merancang menyertai pemilihan kelak untuk melanjutkan tempoh perkhidmatannya. Menurut Piagam PBB, penyandang jawatan Setiausaha Agung PBB perlu mendapat pencalonan dari Majlis Keselamatan PBB terlebih dahulu, kemudian dilantik oleh UNGA. Tempoh perkhidmatannya selama 5 tahun dan boleh dilanjutkan.

张宪