Bantuan Vaksin China Tiba di Laos

2021-02-09 13:47:32  CRI
Share with:

Kumpulan pertama vaksin COVID-19 bantuan daripada kerajaan China selamat tiba di Laos, awal pagi semalam.

Naib Presiden Laos, Phankham Viphavanh pada majlis penerimaan vaksin di Kementerian Kesihatan Laos itu merakamkan ucapan terima kasih atas bantuan yang diterima China dan menilai tinggi kejayaan yang dicapai China ketika melawan penularan pandemik tersebut.

Beliau berkata, China turut menghantar dua kumpulan pakar dan menghulurkan bantuan bahan pencegahan wabak ke negaranya hingga berjaya membantu Laos meningkatkan kemampuan dan tahap membendung penularan wabak.

Jelas beliau, ia sekali gus menunjukkan kewujudan hubungan perkongsian strategik komprehensif, selain menyemai semangat "jiran baik, sahabat baik, dan rakan baik".

Menurutnya, China telah memberikan bantuan kepada beberapa negara termasuk Laos dan ini menunjukkan tanggungjawab China selaku negara besar dan semangat komuniti berkongsi nasib.

Sementara itu, beliau turut memberitahu bahawa vaksin buatan China sebelum ini telah disuntik kepada golongan berisiko tinggi di Laos dan keselamatan vaksin terbabit juga terbukti.

Bagi fasa yang berikutnya, pemvaksinan kepada kakitangan di hospital dan kastam akan diutamakan.

覃淼