Awas! 'Fosil Hidup Tinggalan Perang Dingin' Mahu Culik Hubungan China-AS

2021-02-09 14:00:12  CRI
Share with:

Sejak kerajaan Amerika Syarikat(AS) penggal baharu mula berkuasa, China dan AS masing-masing mengeluarkan kesediaan untuk bekerjasama, yang turut menimbulkan semakin banyak harapan daripada masyarakat antarabangsa terhadap pemulihan hubungan China-AS ke landasan yang normal. Namun, sebuah kumpulan pemikir terkenal di AS baru-baru ini mengeluarkan satu laporan yang giat menghasut konfrontasi strategik antara kedua-dua negara ini. Bekas Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo mendakwa bahawa dasar luar Presiden Joe Biden akan mengakibatkan AS 'dibuli oleh China', dan menunjukkan niatnya untuk mencetuskan konfrontasi belaka antara kedua-dua negara.

Klise yang pernah digunakan oleh kerajaan AS penggal lalu untuk mencemarkan nama China terkandung dalam Laporan yang disifatkan sebagai “strategi baharu yang menyasarkan China” tersebut, yang mengheboh-hebohkan “ancaman China”, dengan tujuanan utamanya mengekalkan  kedudukan hegemoni AS.

Laporan itu dikeluarkan pada permulaan tempoh perkhidmatan kerajaan baharu AS, mendedahkan tujuannya yang amat jelas iaitu ingin menculik penggubal dan pelaksana dasar AS tentang China. Tanpa mengambil iktibar dari kegagalan kerajaan AS penggal lalu dalam pelaksanaan dasar anti-China selama empat tahun, Laporan tersebut tetap memilih asyik menghasut konfrontasi yang dilihat akan menjadikan AS semakin dipulaukan akhirnya. Ini pun sebabnya bagi sesetengah penganalisis menunjukkan bahawa sayap kanan AS barulah musuh terbesar bagi AS. Majalah The National Interest AS mengulas bahawa terdapat salah faham dari segi strategik terhadap strategi China dan AS dalam laporan tersebut.

Serentak itu, Pompeo baru-baru ini mengatakan bahawa dasar luar Biden akan memudahkan 'China membuli AS dengan sewenang-wenangnya'. Niatnya untuk menjejaskan hubungan China-AS demi kepentingan pribadinya terdedah dalam dunia siber. Para netizien memberi penilaian terhadap politikus itu, dengan berkata bahawa 'Pompeo yang membayangkan dirinya akan menjadi calon Presiden nanti, semata-mata satu gurauan sahaja'.

Pada zaman ini, tiada sesiapa pun boleh menang dalam perang dingin, perang hangat mahu pun perang perdagangan dan perang sains dan teknologi yang sengaja dicetuskan. Masyarakat antarabangsa menantikan kerajaan AS baharu bersikap ikhlas dan muhibah, bersama-sama dengan China menghapuskan 'fosil hidup tinggalan perang dingin' supaya dapat membuka lembaran baharu dalam hubungan bilateral.

曹捷