Bagaimana Kekalkan Keberkesanan 'Kerjasama 17+1 Boleh Buat Lebih daripada 18'?

2021-02-10 14:24:40  CRI
Share with:

Pada Sidang Kemuncak China-CEECs (Negara-negara Eropah Tengah dan Timur) semalam, Presiden China, Xi Jinping telah mengemukakan empat saranan, yang mempamerkan persahabatan berganding bahu dan menunjukkan arahan bagi menaiktaraf kerjasama pragmatik.

Dalam tempoh 9 tahun lalu sejak terbentuknya mekanisme kerjasama China-CEECs, jumlah perdagangan bilateral melonjak hampir 85%, sekaligus menjadikan semua kawasan di CEECs relevan dengan perjanjian Inisiatif Jalur dan Laluan.

Menyentuh kaedah mengekalkan keberkesanan "kerjasama 17+1 boleh buat lebih daripada 18", Presiden Xi telah menyimpulkan pengalaman, iaitu perbincangan bersama, menang-menang, pembangunan bersama dengan terbuka dan inklusif, serta bertumbuh secara inovatif dan berterusan. Pengalaman tersebut selaras dengan prinsip multilateralisme yang dipertahankan China sejak sekian lama, dan terbukti boleh membuahkan hasil.

Dalam sidang kemuncak tersebut, China menyatakan kesediaan memperhebat pertukaran pengalaman tentang pencegahan dan kawalan bersama dalam melawan pandemik COVID-19, dan sudi mempertimbangkan permintaan dari CEECs tentang kerjasama vaksin.

Sebagai entiti ekonomi yang paling awal mewujudkan pertumbuhan ekonomi semasa penularan wabak COVID-19, China dengan pencapaiannya membantu CEECs memulihkan keyakinan, dan komited untuk mengimport barang bernilai USD170 bilion (RM688 bilion) pada lima tahun akan datang, berusaha melipat-gandakan jumlah import produk pertanian dan menjadikan perdagangan pertanian bilateral meningkat 50%.

Sebanyak 35 dokumen kerjasama kerajaan dan 53 lagi kerjasama perniagaan adalah hasil yang tercapai dalam sidang kemuncak tersebut, dan juga dilihat sebagai permulaan yang baharu untuk menaiktaraf 'kerjasama 17+1'.

高蕾