Prob UAE Masuki Orbit Marikh

2021-02-10 13:38:18  CRI
Share with:

Prob Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang bernama“Al-Amal” berjaya memasuki orbit Marikh semalam selepas mengalami perjalanan kira-kira 500 juta kilometer dalam masa hampir tujuh bulan, dan memulakan pemantauan dan penyelidikan terhadap lapisan atmosfera planet itu.

Prob “Al-Amal” yang membawa tiga unit kelengkapan penyelidikan, dilancarkan dari Pusat Angkasa Tanegashima di pulau Kagoshima, Jepun pada 20 Julai tahun 2020. Misi utamanya adalah mengambil gambar lapisan atmosfera Marikh untuk tujuan penyelidikan terhadap keadaan udara berdasarkan perubahan harian dan pergantian musim di planet itu.

UAE menggubal rancangan pada tahun 2014 untuk menjadi negara yang pertama antara negara Arab yang mampu menghantar prob ke Marikh, kemudian memulakan kerjasama dengan sejumlah agensi termasuk Makmal Fizik Atmosfera dan Angkasa Universiti Colorado, dan akhirnya berjaya menghasilkan prob “Al-Amal” melalui penyelidikan bersama selama enam tahun. 

曹捷