Reputasi Wuhan Dibersih, Konspirasi Barat Luluh

2021-02-11 14:53:46  CRI
Share with:

Reputasi Institut Virologi Wuhan (WIV) akhirnya dibersihkan apabila ketua misi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Peter Ben Embarek menyifatkan hipotesis kebocoran makmal sebagai sesuatu yang mustahil.

Semasa memberi taklimat kepada media di Wuhan pada Selasa, Peter menolak teori bahawa kebocoran dari makmal WIV sebagai punca merebaknya virus COVID-19, sambil menambah, kemungkinan itu tidak akan dimasukkan dalam kajian WHO akan datang.

Sesetengah politikus Barat pasti berasa kecewa setelah mendapat perkhabaran itu. Mereka pernah asyik mereka-reka kenyataan karut dan menghangatkan teori konspirasi kononnya virus berkenaan tersebar dari fasiliti di China.

Kehadiran pasukan pakar WHO di Wuhan kali ini juga membersihkan nama baik China yang dikatakan mengganggu siasatan berkenaan dijalankan. Selain meneliti sejumlah besar data berhubung wabak dengan misi China, WHO juga menjejak kaki ke sembilan lokasi di bandar berkenaan, dan berkomunikasi dengan petugas perubatan, kakitangan makmal, penduduk dan mereka yang sembuh daripada jangkitan wabak.

Seperti yang dinyatakan pakar asing, Dr. Peter Daszak, program lawatan berkenaan disusun mengikut saranan dan permintaan pakar WHO.

“Kami sudah sampai ke setiap lokasi yang disenaraikan. Pasukan pakar China sudi membawa kami ke tempat-tempat yang ingin kami kunjungi,” ujar beliau kepada Bloomberg.

Menurut hasil siasatan misi WHO, virus COVID-19 berkemungkinan merebak melalui hos perantara hingga menjangkiti manusia, selain dapat menerusi rantai makanan sejuk beku. Rumusan itu memberi sokongan kepada misi menyiasat asal usul virus yang dilakukan membabitkan lingkungan global.

Persoalan berkaitan sains perlu dirungkai dan dijawab secara saintifik. Pihak-pihak lain boleh meniru perbuatan China yang menjemput WHO untuk bersama-sama meneliti kajian supaya menyumbang bagi mengurangkan risiko penularan pandemik.

董筱娉