Bach Kirim Ucapan Selamat Tahun Baharu Cina

2021-02-13 14:16:16  CRI
Share with:

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach mengirim ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada Presiden Xi Jinping, pada Jumaat.

Bach turut mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan harapan agar warga China hidup sejahtera dan terus maju jaya sepanjang tahun baharu.

Menurut beliau, Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 yang makin menjelang tiba bakal menyaksikan kehadiran atlet seluruh dunia di arena sukan di China dengan suasana yang damai, bersatu padu dan muhibah.

Bach menaruh keyakinan dan harapan kepada Beijing yang sudah bersiap sedia mengendalikan temasya sukan berprestij tersebut.

Beliau menganggap, visi 300 juta orang China terlibat dalam sukan musim sejuk yang diketengahkan Presiden Xi, makin menjadi kenyataan.

董筱娉