UNHRC Diletak Harapan Bantu Selesai Masalah Myanmar

2021-02-13 16:54:58  CRI
Share with:

Masyarakat antarabangsa perlu berusaha menggalakkan dialog dan perdamaian antara pihak-pihak terlibat di Myanmar berdasarkan prinsip menghormati kedaulatan, kebebasan politik, keutuhan wilayah dan perpaduan negara itu.

Demikian dinyatakan wakil tetap China ke Geneva, Chen Xu ketika berucap dalam mesyuarat khas Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) berhubung masalah Myanmar pada Jumaat.

Katanya, usaha UNHRC juga harus kondusif bagi kestabilan politik dan sosial Myanmar, serta membantu menyelesaikan masalah utama, bukannya meruncingkan percanggahan dan merumitkan keadaan.

Tambah beliau, China sedang mengadakan komunikasi dengan pihak-pihak terbabit  di Myanmar untuk menggalakkan peredaan situasi.

China juga mengalu-alukan dan menyokong negara-negara rantau serta ASEAN membuat sumbangan positif dalam hal ini.  

梁靓