Jolok Sarang Tebuan, BBC Terima Padah

2021-02-13 13:56:41  CRI
Share with:

Jolok Sarang Tebuan, BBC Terima Padah_fororder_微信图片_20210213130659

Jolok Sarang Tebuan, BBC Terima Padah_fororder_微信图片_20210213130705

China pada Jumaat mengumumkan program BBC World News dilarang terus disiarkan di negara ini, susulan laporan berita dihasilkan saluran televisyen Britain itu melanggar peraturan penyiaran yang ditetapkan.

Jabatan Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional (NRTA) China dalam satu kenyataan memaklumkan, siasatan mendapati laporan berkaitan China yang disiarkan saluran tersebut melanggar peraturan berkenaan secara serius.

Ia termasuk siaran laporan berita yang tidak tepat dan adil, yang secara tidak langsung akan menjejaskan kepentingan dan perpaduan negara China.

Menurut kenyataan itu, BBC World News tidak memenuhi syarat untuk penyiaran saluran asing di China. Justeru, permohonannya untuk bersiaran selama setahun lagi akan ditolak.

Tindakan China adalah sah dan munasabah, bukan sekadar untuk mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara, malah untuk menjaga prinsip kebenaran dan objektiviti yang dijunjung dalam laporan berita.

Gara-gara menjolok sarang tebuan, BBC kini menerima padahnya dengan dilarang bersiaran menerusi radio dan televisyen di China.

Selaku media Barat berprestij yang telah beroperasi di China bertahun-tahun lamanya, BBC patut jelas memahami peraturan penyiaran radio dan televisyen di negara ini.

Sedangkan, agensi berita yang mengangkat-angkat dirinya berpegang pada prinsip objektif, seimbang dan adil itu melakukan perbuatan berlari ke arah yang bertentangan tanpa mengendahkan undang-undang.

China sentiasa menawarkan sokongan dan kemudahan kepada wartawan asing yang bertugas di sini, tetapi tidak mengalu-alukan media yang berniat jahat memfitnah dan mencela China.

周乔西