TBC: Cara Sambutan Baharu Kekal Silaturahim

2021-02-14 15:37:30  CRI
Share with:

Tahun Baharu Cina (TBC) merupakan antara perayaan paling penting bagi seluruh rakyat China. Sebagai menyahut saranan kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19, ramai rakyat negara ini memilih meraikan perayaan di tempat masing-masing dan tidak pulang ke kampung.

Walaupun tidak dapat kunjung-mengunjung dan makan beramai-ramai dengan saudara mara, tetapi keeratan tali silaturahim tetap dapat dirasai menerusi pelbagai cara, seperti kiriman salam dan perbualan menerusi aplikasi video.  

Ramai juga memanfaatkan aplikasi beli-belah dalam talian untuk menghadiahkan barang keperluan hari perayaan kepada saudara mara di tempat lain.

Dengan cara sambutan baharu yang penuh kreatif, perayaan tradisional itu tetap diraikan dalam suasana yang ceria lagi mesra, sementara risiko penularan wabak turut dielakkan.

Di samping itu, kerajaan telah melaksanakan siri pendekatan bagi memenuhi keperluan masyarakat pada musim cuti TBC. Ia termasuk bekalan barang kegunaan harian, perkhidmatan pengangkutan, tawaran program hiburan dan sebagainya.

Tahun ini ialah tahun lembu mengikut zodiak Cina. Lembu dianggap sebagai simbol kerajinan, dedikasi dan berdaya usaha. Sifat mulia tersebut dipaparkan sepenuhnya sempena sambutan TBC tahun ini.

董筱娉