Persembahan Bertema TBC Disiarkan di Malaysia

2021-02-15 14:34:14  CRI
Share with:

Persembahan bertemakan sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) disiarkan menerusi saluran media sosial Kedutaan Besar China di Malaysia pada malam Ahad.

Temasya budaya itu menghidangkan pelbagai acara yang cukup menarik kepada penonton Malaysia, termasuk drama akrobatik 3D, taridra dan konsert simfoni.

Pihak kedutaan turut menganjurkan pelbagai aktiviti untuk menambah kemeriahan suasana perayaan, selain memberi angpau kepada pelajar China yang melanjutkan pelajaran di Malaysia.

 

周乔西