Cara Sambutan Baharu, Perlihat Kecekapan Tadbir Urus Sosial

2021-02-15 13:15:17  CRI
Share with:

Cara Sambutan Baharu, Perlihat Kecekapan Tadbir Urus Sosial_fororder_20210215131437

Tahun Baharu Cina (TBC) merupakan satu perayaan tradisional utama masyarakat Cina.

Sambutan perayaan tahun ini diraikan dalam suasana sederhana, sejajar dengan langkah membendung penularan wabak COVID-19.

Ramai orang menerima pakai saranan kerajaan supaya menyambut TBC di lokasi masing-masing dan tidak balik kampung, bagi mengelak risiko pemerebakan wabak ekoran pergerakan beramai-ramai.

Ada ramalan menjangkakan bilangan penumpang yang melakukan perjalanan semasa tempoh pulang kampung, susut melebihi 60 peratus berbanding tahun 2019.

Tinjauan menunjukkan, lebih 77 peratus daripada responden pekerja migran didapati sudi meraikan perayaan di tempat kerja atau tempat-tempat yang mereka berada.

Daripada cara sambutan yang meriah kepada yang sederhana, perubahan ini memperlihatkan makin tingginya tahap tadbir urus sosial.

Menjelang sambutan TBC, Presiden Xi Jinping menjejak kaki ke sebuah pasar raya di wilayah Guizhou untuk melihat sendiri bekalan barangan yang disediakan kepada penduduk tempatan.

Selain daripada barang makanan dan barang keperluan utama dijamin mencukupi pada harga yang stabil dan munasabah dalam tempoh perayaan, insentif khas juga ditawarkan kepada mereka yang tidak pulang kampung.

Seperti yang dilaporkan The Daily Telegraph menerusi laman sesawangnya mutakhir ini, daripada subsidi wang tunai sehingga tiket filem percuma, China menawarkan pelbagai program insentif untuk menggalakkan orang ramai menyambut TBC di lokasi yang mereka berada.

Setelah diuji dengan isu penularan wabak pada tahun lepas, China yang sentiasa mengambil berat terhadap keperluan rakyat, menjadi lebih cekap dalam mentadbir urus masyarakat.

董筱娉