COVID-19: Sumbangan Vaksin China Tiba di Zimbabwe

2021-02-16 13:25:47  CRI
Share with:

COVID-19: Sumbangan Vaksin China Tiba di Zimbabwe_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_3b16454b-24b7-469c-942e-75bf484b26d1.JPG

200 ribu dos vaksin COVID-19 yang disumbangkan China kepada Zimbabwe selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Robert Gabriel Mugabe Harare, ibu negara itu pada Isnin.

COVID-19: Sumbangan Vaksin China Tiba di Zimbabwe_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_fac5d828-3cae-478a-86f5-dcd37b163824.JPG

Upacara penyerahan vaksin yang dihasilkan Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm) itu turut disaksikan oleh Naib Presiden Zimbabwe, Constantino Chiwenga dan Duta Besar China ke Zimbabwe, Guo Shaochun.

Terdahulu, Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa telah merakamkan ucapan penghargaan atas sumbangan China tersebut pada Jumaat.

Pada masa sama, beliau turut menyifatkan ia sebagai pembawa sinar untuk negaranya dalam memerangi wabak COVID-19.

Menurut laporan, Zimbabwe akan mengeluarkan jadual bagi program pemvaksinan dengan segera untuk warga negara itu.

Untuk itu, petugas barisan hadapan akan menjadi antara golongan pertama yang menerima suntikan, diikuti warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.

Dalam perkembangan lain, China turut menyenaraikan Zimbabwe sebagai negara dalam kumpulan pertama di Afrika yang akan menerima sumbangan vaksin COVID-19 secara percuma.

Untuk rekod, China juga telah memberikan sumbangan vaksin kepada beberapa negara lain di dunia, termasuk Chile, Bolivia, Nepal, Peru and Pakistan.

张哲